• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

Langkah Pertama Untuk Diriku

Posted by amirazros On 3:04 AM 0 comments


Masa berlalu terlalu pantas. Detik berganti dengan saat. Saat berganti dengan minit. Manakala minit berganti dengan jam. Jam pula berganti dengan hari. Hari berganti dengan minggu. Minggu berganti dengan bulan dan bulan berganti dengan tahun. Begitu pantasnya masa berlalu. Pejam celik...Pejam celik... Sudah bulan Mac sekarang. Saya masih ada tujuh bulan untuk menyelesaikan segala urusan dan masalah saya (nak kahwin la katakan.. :D). Terlalu banyak perancangan yang saya fikirkan. Sekiranya wang bukanlah masalah bagi saya, saya pasti segala masalah yang saya alami ini dapat diselesaikan dengan segera. Tetapi rezeki bukan datang bergolek. Ianya juga tidak turun dari langit tanpa ada usaha yang gigih.

Oleh yang demikian, saya cuba mencari peluang untuk mengatasi masalah kewangan yang saya alami. Saya cuba mencari melalui surat khabar, majalah, artikel, internet dan sebagainya, dengan harapan saya dapat menjana pendapatan secara sambilan. Setelah membuat pencarian dan sedikit penyelidikan, saya telah terjumpa satu produk yang boleh 'dijual' (pada pendapat saya lah... :D).

Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan melalui online.

Terlalu banyak persoalan yang timbul...

  1. Bolehkah saya menjual produk melalui online?
  2. Ada pelanggankah di internet ni?
  3. Bagaimana cara penghantarannya?
  4. Bagaimana untuk memulakannya?
  5. Kena buat laman web atau promosi dulu?

Ah.. Pening kepala saya memikirkannya.

Memang pening bila memikirkan segala masalah. Bila fikirkan masalah, sampai bila kita nak mula. Dan bila kita tak mulakan langkah pertama, sampai bila kita nak maju. Apabila kita tak maju, bagaimana kita nak berjaya?

Jadi sekarang saya memulakan langkah pertama saya. Saya masih 'kabur' perjalanan perniagaan saya. Adakah akan bertahan? atau akan 'berkubur'? Insyallah, saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar cekalkan hati saya untuk meneruskan usaha saya. Walaupun untung sedikit dan kadang-kadang terasa rugi, tapi saya percaya, rezeki datang daripada Allah. Saya cuma berusaha, terpulanglah kepadaNya untuk menurunkan rezeki kepada saya.

Anda bila lagi nak menjana pendapatan? Mari kita sama-sama memulakan perniagaan internet. Sekiranya anda merasakan anda masih baru dalam perniagaan internet, saya juga seperti anda. Masih baru dan 'mentah' dalam perniagaan internet ini (bahasa internet, dipanggil 'newbie'). Masih banyak ilmu yang perlu saya dalami. Bak kata pepatah 'Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah' :)

Jadi, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan, tinggalkan komen anda di blog saya ini. Insyallah saya akan membantu anda. Sekiranya saya tidak mampu menjawab persoalan anda tentang perniagaan internet ini, saya akan sedaya upaya bertanya kepada rakan saya yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan internet ini.



P.S : Untuk pengetahuan anda, walaupun saya baru saja (tak sampai 3 bulan) menapak dalam dunia perniagaan internet ini, saya sudah ada pembeli yang membeli secara online.

P.S.S : Tinggalkan komen anda disini ye :)


Sekian








www.tips-fb.com

0 Response for the "Langkah Pertama Untuk Diriku"

Post a Comment