• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

Semasa membelek-belek sebuah majalah lama, saya tertarik dengan senarai mengenai apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita. Kaum wanita kenalah pandai-pandai menjaga tingkah laku. Maklumlah, ciri-ciri wanita idaman lelaki mungkin tidak ada pada wanita sekiranya terdapat salah satu sikap yang mereka tidak suka seperti senarai tersebut. Sejauh mana kebenarannya, hanya anda sahaja yang boleh menilai.


Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki



Lelaki tidak suka:

1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.


Sekian




http://wangianpemikat.com/

http://facebook.com/amirazros


www.tips-fb.com

Ilmu Atasi Kelemahan

Posted by amirazros On 6:14 AM 0 comments

Assalamua'laikum wbt dan Salam Sejahtera...

Untuk pengetahuan umum, saya sekarang nie sedang menjalani proses latihan amali di SMK Simpang Pulai. Latihan amali atau praktikum ini akan berlangsung selama 3 bulan dari bulan Mac 2010 sehingga akhir bulan Mei 2010. Ketika blog ini ditulis, saya telah menjalani latihan amali ini selama 2 minggu. Dan setakat ini, para pelajar dan guru melayan saya dengan baik sebagai 'guru praktikal' :)


Baru-baru ini, penyelia saya menghubungi saya dan mengatakan bahawa beliau ingin menyelia saya pada 22 Mac 2010. Ah! Hati saya mula bercelaru. Masih terlalu banyak perkara yang masih saya uruskan. Nama-nama pelajar pun saya masih belum ingat. Aduh... Masalah juga bagi saya. Sebab hanya tinggal berapa hari sahaja lagi untuk saya buat persediaan mengajar. Belum masuk buat alat bantu mengajar lagi. :S




Ok, kita tinggalkan dulu masalah saya. Sedang saya asyik mencari sum
ber untuk persediaan mengajar, saya terbaca sebuah majalah yang bertajuk Al-Islam. Apa yang menarik perhatian saya adalah kerana tajuk artikel tersebut iaitu "Ilmu Atasi Kelemahan". Ingin saya berkongsi bersama anda apa yang saya baca dalam artikel tersebut. Berikut merupakan rumusan daripada artikel yang telah saya baca. Menurut artikel tersebut lagi, kepentingan penguasaan ilmu ibarat 'nur' (cahaya) yang dicampakkan ke dalam hati orang yang dikehendaki oleh Allah s.w.t., dan cahaya itu memberikan hidayah dalam membentuk keperibadian yang mulia. Menurut Syeikh Syeikhtul Al-Azhar, Allahyarham Dr. Muhammad Sayyid Tantawi; kepentingan ilmu amat perlu dipertingkatkan dan dikuasai oleh umat Islam. Beliau juga menggesa umat Islam agar 'berperang' dengan ilmu untuk melawan musuh Islam. Dengan ilmu, kita akan dapat menguasai dunia. Apa yang kita sedia maklum, keadaan umat Islam ketika ini amat menyedihkan.


Jadi, walaupun kita tidak mampu melawan musuh dengan senjata, kita mampu 'berperang' dengan menggunakan ilmu yang kita kuasai.
Setelah saya membaca artikel tersebut, saya mula sedar bahawa, ilmu sangat penting untuk setiap insan. Jadi, ia juga menyedarkan saya bertapa besarnya tanggungjawab saya sebagai bakal guru untuk menyebarkan ilmu kepada pelajar-pelajar agar mereka menjadi insan yang cemerlang di masa akan datang. Insyallah. :)


Sekian






http://wangianpemikat.com/
http://facebook.com/amirazros www.tips-fb.com

Langkah Pertama Untuk Diriku

Posted by amirazros On 3:04 AM 0 comments


Masa berlalu terlalu pantas. Detik berganti dengan saat. Saat berganti dengan minit. Manakala minit berganti dengan jam. Jam pula berganti dengan hari. Hari berganti dengan minggu. Minggu berganti dengan bulan dan bulan berganti dengan tahun. Begitu pantasnya masa berlalu. Pejam celik...Pejam celik... Sudah bulan Mac sekarang. Saya masih ada tujuh bulan untuk menyelesaikan segala urusan dan masalah saya (nak kahwin la katakan.. :D). Terlalu banyak perancangan yang saya fikirkan. Sekiranya wang bukanlah masalah bagi saya, saya pasti segala masalah yang saya alami ini dapat diselesaikan dengan segera. Tetapi rezeki bukan datang bergolek. Ianya juga tidak turun dari langit tanpa ada usaha yang gigih.

Oleh yang demikian, saya cuba mencari peluang untuk mengatasi masalah kewangan yang saya alami. Saya cuba mencari melalui surat khabar, majalah, artikel, internet dan sebagainya, dengan harapan saya dapat menjana pendapatan secara sambilan. Setelah membuat pencarian dan sedikit penyelidikan, saya telah terjumpa satu produk yang boleh 'dijual' (pada pendapat saya lah... :D).

Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan melalui online.

Terlalu banyak persoalan yang timbul...

  1. Bolehkah saya menjual produk melalui online?
  2. Ada pelanggankah di internet ni?
  3. Bagaimana cara penghantarannya?
  4. Bagaimana untuk memulakannya?
  5. Kena buat laman web atau promosi dulu?

Ah.. Pening kepala saya memikirkannya.

Memang pening bila memikirkan segala masalah. Bila fikirkan masalah, sampai bila kita nak mula. Dan bila kita tak mulakan langkah pertama, sampai bila kita nak maju. Apabila kita tak maju, bagaimana kita nak berjaya?

Jadi sekarang saya memulakan langkah pertama saya. Saya masih 'kabur' perjalanan perniagaan saya. Adakah akan bertahan? atau akan 'berkubur'? Insyallah, saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar cekalkan hati saya untuk meneruskan usaha saya. Walaupun untung sedikit dan kadang-kadang terasa rugi, tapi saya percaya, rezeki datang daripada Allah. Saya cuma berusaha, terpulanglah kepadaNya untuk menurunkan rezeki kepada saya.

Anda bila lagi nak menjana pendapatan? Mari kita sama-sama memulakan perniagaan internet. Sekiranya anda merasakan anda masih baru dalam perniagaan internet, saya juga seperti anda. Masih baru dan 'mentah' dalam perniagaan internet ini (bahasa internet, dipanggil 'newbie'). Masih banyak ilmu yang perlu saya dalami. Bak kata pepatah 'Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah' :)

Jadi, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan, tinggalkan komen anda di blog saya ini. Insyallah saya akan membantu anda. Sekiranya saya tidak mampu menjawab persoalan anda tentang perniagaan internet ini, saya akan sedaya upaya bertanya kepada rakan saya yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan internet ini.



P.S : Untuk pengetahuan anda, walaupun saya baru saja (tak sampai 3 bulan) menapak dalam dunia perniagaan internet ini, saya sudah ada pembeli yang membeli secara online.

P.S.S : Tinggalkan komen anda disini ye :)


Sekian








www.tips-fb.com