• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

Ilmu Atasi Kelemahan

Posted by amirazros On 6:14 AM 0 comments

Assalamua'laikum wbt dan Salam Sejahtera...

Untuk pengetahuan umum, saya sekarang nie sedang menjalani proses latihan amali di SMK Simpang Pulai. Latihan amali atau praktikum ini akan berlangsung selama 3 bulan dari bulan Mac 2010 sehingga akhir bulan Mei 2010. Ketika blog ini ditulis, saya telah menjalani latihan amali ini selama 2 minggu. Dan setakat ini, para pelajar dan guru melayan saya dengan baik sebagai 'guru praktikal' :)


Baru-baru ini, penyelia saya menghubungi saya dan mengatakan bahawa beliau ingin menyelia saya pada 22 Mac 2010. Ah! Hati saya mula bercelaru. Masih terlalu banyak perkara yang masih saya uruskan. Nama-nama pelajar pun saya masih belum ingat. Aduh... Masalah juga bagi saya. Sebab hanya tinggal berapa hari sahaja lagi untuk saya buat persediaan mengajar. Belum masuk buat alat bantu mengajar lagi. :S




Ok, kita tinggalkan dulu masalah saya. Sedang saya asyik mencari sum
ber untuk persediaan mengajar, saya terbaca sebuah majalah yang bertajuk Al-Islam. Apa yang menarik perhatian saya adalah kerana tajuk artikel tersebut iaitu "Ilmu Atasi Kelemahan". Ingin saya berkongsi bersama anda apa yang saya baca dalam artikel tersebut. Berikut merupakan rumusan daripada artikel yang telah saya baca. Menurut artikel tersebut lagi, kepentingan penguasaan ilmu ibarat 'nur' (cahaya) yang dicampakkan ke dalam hati orang yang dikehendaki oleh Allah s.w.t., dan cahaya itu memberikan hidayah dalam membentuk keperibadian yang mulia. Menurut Syeikh Syeikhtul Al-Azhar, Allahyarham Dr. Muhammad Sayyid Tantawi; kepentingan ilmu amat perlu dipertingkatkan dan dikuasai oleh umat Islam. Beliau juga menggesa umat Islam agar 'berperang' dengan ilmu untuk melawan musuh Islam. Dengan ilmu, kita akan dapat menguasai dunia. Apa yang kita sedia maklum, keadaan umat Islam ketika ini amat menyedihkan.


Jadi, walaupun kita tidak mampu melawan musuh dengan senjata, kita mampu 'berperang' dengan menggunakan ilmu yang kita kuasai.
Setelah saya membaca artikel tersebut, saya mula sedar bahawa, ilmu sangat penting untuk setiap insan. Jadi, ia juga menyedarkan saya bertapa besarnya tanggungjawab saya sebagai bakal guru untuk menyebarkan ilmu kepada pelajar-pelajar agar mereka menjadi insan yang cemerlang di masa akan datang. Insyallah. :)


Sekian






http://wangianpemikat.com/
http://facebook.com/amirazros www.tips-fb.com

Categories:

0 Response for the "Ilmu Atasi Kelemahan"

Post a Comment