• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

Peranan Jurufoto Perkahwinan

Posted by amirazros On 3:08 AM 0 comments


TOPIK ini selalu dibincangkan dalam mana-mana forum fotografi di Malaysia, namun disini saya ingin ulangi lagi topik yang sama bagi tujuan memberi kesedaran kepada bakal-bakal pengantin.

Selalunya bakal-bakal pengantin lebih mementingkan pelamin & persalinan berbanding khidmat fotografi. Mereka selalu berbelanja besar untuk menggunakan pelamin yang cantik dengan design yang terkini. Menempah sehingga 6-7 persalinan untuk malam berinai tetapi apabila bab memilih jurufoto, mereka mencari yang paling minimum. Apabila jurufoto mengatakan harga RM1,000++, ada yang mengatakan terlalu mahal sedangkan harga pelamin & persalinan kadangkala lebih mahal dari harga tersebut.

Secara logiknya, adakah berbaloi mereka menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk majlis perkahwinan mereka tetapi gambar mereka tidak menunjukkan nilai yang serupa? Kadangkala ada pengantin yang tidak mengambil jurugambar langsung dan berharap pada saudara-mara yang mempunyai kamera. Bagi mereka begitu sayang melaburkan sejumlah wang untuk menyimpan kenangan sekali seumur hidup itu dalam bentuk yang indah & manis. Terpulanglah kepada pemikiran bakal-bakal pengantin sekalian.

Oleh itu, jurufoto perkahwinan perlu menjelaskan kepada bakal-bakal pengantin peranan & kepentingan gambar-gambar mereka itu lebih penting dari segalanya. Jurufoto juga perlu memainkan peranan memberi yang terbaik kepada pelanggan mereka agar mereka betul-betul dapat menghayati detik-detik manis perkahwinan mereka pada masa akan datang.


KEPADA pengunjung sekalian, saya ingin 'introduce' jurufoto untuk majlis saya nanti. Beliau adalah Saudara Muhd. Faiz Safwan dari www.mufasastudio.com. Dengan pengalaman dan kreativiti beliau, gambar-gambar yang dihasilkan amat menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Pada asalnya, Saudara Faiz merupakan 'freelancer' dan melakukan kerja designer secara sambilan sahaja. Tetapi dengan bakat dan azam yang berterusan, beliau telah menubuhkan syarikat Mufasa Studio. Klik disini untuk melihat portfolio dari krew mufasastudio.com.

Selain menjadi jurufoto perkahwinan mufasastudio.com juga menawarkan beberapa perkhidmatan yang lain iaitu :

  1. Videografi
  2. Pengiklanan
  3. Pembinaan Laman Web
  4. Cetakan T-Shirt
  5. Graphic Design dan sebagainya
Sekiranya anda berminat untuk menghubungi pihak mufasastudio.com, anda boleh hubungi Saudara Faiz melalui Facebook beliau. Klik disini.

Sekian


Terima kasih
Amir Azros Bin Abdul Aziz

www.tips-fb.com

Categories:

0 Response for the "Peranan Jurufoto Perkahwinan"

Post a Comment