• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

TENTANG SAYA

Posted by amirazros On


Pertama Sekali Saya Nak Ucapkan Salam Perkenalan Kepada Anda Yang Sudi Mengenali Diri Saya...Nama Saya Amir Azros Bin Abdul Aziz.  Nama Panggilan Amir. Umur Saya 26 Tahun, Saya Dilahirkan Di Hospital Besar Kuala Terengganu  Pada 31 Disember 1984. Saya Mempunyai 4 Orang Adik- Beradik Dan Saya Merupakan Anak Sulung.  Kini Saya Menetap Di Ipoh, Perak Darul Ridzuan Bersama-sama Keluarga Tercinta.
Pada 2005 Saya Telah Menamatkan Pengajian Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat di Universiti Teknologi Mara.  Setelah Tamat Pengajian Diploma, Saya Bekerja Di Salah Sebuah Firma Guaman.  Seterusnya Saya Telah Melanjutkan Pengajian Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Pengurusan Perniagaan (Sumber Manusia) di Universiti Teknologi Mara.  Sebaik Sahaja Tamat Pengajian Pada Tahun April 2009, Saya Telah Bekerja Sebagai Penolong Pengurus Di MAP Training Sdn. Bhd.  Selama Saya Bekerja Di Sini, Banyak Perkara Yang Saya Telah Belajar.  Ini Adalah Kerana, Pengarah Urusan MAP Training Adalah Seorang Motivator Yang Sangat Disegani Di Malaysia Iaitu Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.  Saya Juga Pernah Menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMK(J) Poi Lam, Ipoh, Perak Sebelum Meneruskan Pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.
Tidak Lama Lagi, Saya Bakal Menamatkan Zaman Bujang Saya.  Insyallah, Sekiranya DiizinkanNya, Kami Akan Di Ijab Kabul Pada Tahun 2010.  Saya Harapkan Doa Anda Semua. :)
Akhir Kata Dari Saya, Semoga Anda Dapat Mengenali Serba Sedikit Tentang Diri Saya.  Sekiranya Anda Mempunyai Akaun Facebook. Anda Boleh "Add" Saya Sebagai Kenalan Anda.  Klik Di Sini
 Anda Juga Boleh Menghubungi Saya Melalui Email Saya.  Klik Di Sini

Sekian,















www.tips-fb.com