• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

Kepentingan Laman Web Kepada Peniaga

Posted by amirazros On 8:17 AM 0 comments





PADA KEBIASAANNYA,
perniagaan kecil mahupun yang baru bermula memerlukan strategi pemasaran yang betul untuk menguar-uarkan produk atau perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggan. Salah satu caranya adalah dengan mewujudkan laman web sendiri. Ini bertujuan apabila tertera laman web syarikat pada kad perniagaan, peluang untuk mendapatkan pelanggan adalah lebih besar.

Daripada laman web yang wujud, sesebuah syarikat itu tidak perlu memaksa pelanggan-pelanggannya untuk mendengar mereka bercerita mengenai produk atau perkhidmatan yang disedia dan dikendalikan. Pelanggan bebas untuk mendapatkan maklumat pada bila-bila masa yang dikehendaki. Dengan cara ini, tiada paksaan untuk seseorang itu membaca tentang maklumat dan profil syarikat. Segala yang berkaitan tentang profil syarikat dan produk atau servis yang dijalankan sudah siap tertera pada laman web tersebut. Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan kos pemasaran. Dalam dunia yang serba moden ini, segala-galanya berkaitan dengan internet. Dengan adanya search engine seperti google dan yahoo, laman web sesebuah syarikat itu boleh didapati dengan mudah. Tidak pelu laman web yang cangih-manggih dan dipenuhi elemen flash untuk menampakkan laman web itu canggih. Cukup sekadar laman web itu kelihatan profesional dan mengikuti standard piawaian laman web yang lain. 'Make it simple' adalah lebih baik daripada menyukarkan pengguna untuk menunggu broser membuka laman web kita yang dipenuhi dengan elemen flash. Sebuah laman web dapat menceritakan pelbagai maklumat yang ingin dikongsi dengan pengguna atau pelanggan. Pelanggan akan lebih yakin untuk berurusan dengan syarikat anda apabila sesebuah syarikat itu mempunyai laman web kerana ianya mencerminkan identiti sesebuah syarikat.

Jadi dalam post saya kali ini, saya telah mendapatkan perkhidmatan Saudara Alimuddin Shahid bagi mereka bentuk laman web saya. Dengan perkhidmatan yang beliau tawarkan, amat berpatutan dengan hasil kerjanya. Sekiranya anda sudah mempunyai nama domain dan server, anda hanya perlu redesign sahaja laman web anda, dan Saudara Alimuddin hanya menawarkan harga serendah RM37 sahaja untuk perkhidmatan tersebut. Sila klik disini untuk mengetahui lebih lanjut perkhidmatan yang ditawarkan oleh Saudara Alimuddin.

P.S : Anda boleh lihat sample hasil kerja Saudara Alimuddin. Klik di sini

P.S.S : Harga yang ditawarkan oleh Saudara Alimuddin bergantung kepada promosi yang telah ditetapkan. Harga perkhidmatan yang ditawarkan mungkin berubah dari semasa ke semasa. Harap maklum.

www.tips-fb.com

Categories:

0 Response for the "Kepentingan Laman Web Kepada Peniaga"

Post a Comment