• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

13 Cara Memikat Lelaki Idaman Anda

Posted by amirazros On 7:01 AM 0 comments


1. Pastikan lelaki itu tertarik dengan anda melalui caranya anda suka… dan bukan sebaliknya. Sebagai contoh anda tahu lelaki ni setiap pagi pukul 7a.m mesti tunggu anda kat bus stop duk usha anda sambil senyum simpul dan anda suka cara dia sejak sebulan dia buat macam tu.


Suatu hari anda sahaja keluar pukul 7.30am dan dari jauh anda nampak dia resah tunggu ketibaan anda walaupun nampak bas dah lepas jalan sanggup dia tunggu untuk naik bas sesama..Kalau cara lelaki ni anda suka itu tanda dia sudah tangkap syok dengan anda kalau cara lelaki tetiba jumpa anda selamba kata “Hi cik adik boleh kita couple” Anda tidak suka cara lelaki ini dan ikutlah kata hati anda yang mana dia bukan lelaki yang anda mahukan.

2. Kalau anda berada ditempat awam, ditempat kerja atau area tu lelaki ramai keluar sikit dari kumpulan kawan-kawan anda dan biarkan situasi anda jadi tumpuan fokus utama sebagai satu cara daya tarikan. Sebaliknya anda ketawa or cakap kuat-kuat or istilah lelaki Melayu sekarang “gedik” untuk menarik perhatian lelaki ini langkah yang tidak bijak..dan percayalah lelaki gedik dan poyo jugak yang akan anda dapat nanti.

3. Jadilah diri anda sendiri..Ia memang benar semua orang cakap macamni. Tiada lelaki yang suka awek dia jadi orang lain, diri kita adalah sesatu yang istimewa. Kalau anda jenis perempuan garang stay dengan style anda garang kerana percayalah ada lelaki Melayu suka awek dia garang kalau anda berlakon garang tetapi anda lemah lembut orangnya pasti jodoh tidak kemana…

4. Sesekali tukar cara penampilan anda, kalau dulu anda rambut ori hitam tukar bagi dye color blonde, pelbagaikan penampilan anda, cara berpakaian, baju fashion baru, minyak wangi baru, pakai accessories yang menarik dan sebagainya. Percayalah variasi yg pelbagai mengkayakan mewarnai hidup anda. Jadilah wanita yang tabah dan bersemangat waja. Ingatlah kecantikan dah biasa tapi penampilan berpakaian yang menarik dan bersemangat sesuatu yang unik..”beauty is common, but a good outlook and a great energy are very rare.”

5. Senyum dan main mata ialah satu teknik yang sentiasa relevan mengikut zaman..Senyum anda tu biarlah manis dan tunjukkan anda seorang periang, yakin diri dan manja feminin orangnya. Senyum dan disusuli main mata yang ada makna tersirat mengundang lelaki yang kacak untuk anda.

6. Memikat lelaki taklah semudah lelaki memikat perempuan kita perlu wujudkan situasi lelaki yang terhegeh-hegeh kat kita bukan sebaliknya. Lebihkan memberi ayat penyata dari ayat bertanya..sebagai contoh “you kalau ada isteri you suka belikan tudung color biru kan” pastinya jawapan yang bakal kita tahu lelaki itu tidak suka isteri dia pakai tudung dan warna kesukaannya bukan biru..

7. Selalulah rapat dan berjumpa dengan lelaki idaman kita tu dengan cara yang nampak biasa sebagai contoh pergi kemana-mana bersama atas urusan pejabat ker, kursus seminar ataupun berkongsi hobi yang sama macam..suka tengok wayang dan main bowling.

8. Cubalah peramah sikit dan bercakap dengan lelaki yang kita admire dalam diam ni. Bertanya bijak macam bila dia ikut kita pergi shopping cubalah bawa pergi beli minyak wangi. Test sembur minyak wangi yang berbeza di dua pergelangan tangan dan minta pendapat beliau..Dari sini kita boleh tahu apa dia suka dan cara dia berkomunikasi samada lelaki ni bijak atau harap muka handsome otak udang.

9. Kita selalu berfikiran lelaki ni berani sebenarnya ramai antara mereka pemalu..Jadi kita kena kuat dan yakin diri nampakkan personaliti kita dan cara menyusun kata bercakap yang steady. Apapun jangan menunjukkan sangat kelemahan lelaki pemalu ni dan tunjuk lebih-lebih kita macam bos pada mereka..Almaklum sapalah nak berbinikan ada ciri-ciri queen control iyer tak?

10. Lelaki ni perlukan pujian dan buatkan mereka selalu nampak istimewa..Jika ajak jumpa tepat masa datang pujilah kata bagusnya punctual sungguh..Oh ya jangan lupa selalulah puji motosikal yang dia selalu jaga hari-hari tu..Kalau dia tampal sticker “Apache Sereng” yang baru take notice benda ni.

11. Kita kena kuat dan pertahankan prinsip diri kita. Rata-rata lelaki sangat suka menguji pada peringkat awal perhubungan lagi. Mengajak kita main dan romen di taman bunga tu lumrah biasa dan anda kena tabah dan dapat menepis dugaan yang maha kuat ini. Percayalah berita kejayaan dia berjaya meromen kita akan sampai kepengetahuan kawan-kawan mereka dirumah sewa..”Alah awek ni boleh pakai geng baik punyer” Tentu kita tidak mahu dicop murah jadi hidulah cepat sebarang unsur bahaya sebelum terlambat..”Makin susah kita dia nak dapat makin tinggi respect yang akan dapat”

12. Janganlah selekeh bila berjumpa dengan lelaki dan perlu kita ingat apa yang wajib ada pada perempuan, gelang tangan, rantai leher, perfumes, pakaian dan rambut yang terurus kemas akan meningkatkan daya slurpp..mereka..Biarkan macam tu is OK.

13. Berjalan manja dihadapan lelaki akan mengundang ribuan mata memandang..bunyi-bunyi seperti pewit..syyy..itu menunjukkan anda menarik..Kalau tiada bunyi ada yang tak kena..Control benda ni dan buat macam biasa. Amalan anda ini tentunya mengundang perhatian tarikan dari lelaki yang terbaik..Ingat mereka bersaing even sanggup bergaduh untuk anda..Itu sebuah kejayaan.






http://www.facebook.com/amirazros
http://wangianpemikat.com/ www.tips-fb.com

Categories: ,

0 Response for the "13 Cara Memikat Lelaki Idaman Anda"

Post a Comment