MENGHADIRI majlis perkahwinan atau pertunangan, sesuatu yang ingin dilihat ialah apakah cenderahati atau ole-ole yang disediakan untuk tetamu. Walaupun hati bukanlah begitu mengharapkan apa yang akan diberikan oleh tuan rumah, namun tidak dapat dinafikan keinginan untuk melihat cenderahati tersebut.
Apabila tiba musim perkahwinan dan banyak pula jemputan, pastinya banyak juga cenderahati yang dikumpul. Cenderahati yang cantik, unik dan berharga akan disimpan sebagai perhiasan atau mungkin boleh dijadikan contoh untuk majlis sendiri. Sebenarnya, penyediaan cenderahati ini juga memakan belanja yang besar.
Sama ada membuat sendiri atau menempah, belanja yang dikeluarkan lebih kurang sama sahaja. Mereka yang pandai membuat sendiri dan kreatif tentu lebih berpuas hati kerana dapat menyiapkan sendiri cenderahati untuk majlis yang penuh bermakna. Namun, yang kurang kreatif dan tidak mempunyai banyak masa, akan menempah sahaja cenderahati yang diingini. Lain orang lain pula pilihan cenderahati mereka.
Ada yang masih mengekalkan cenderahati berupa telur untuk tetamu, ada yang memberi COKLAT atau gula-gula, kandi, kek, biskut, jeli, pot puri, sapu tangan, kipas buluh dan sebagainya.

Jadi pada post saya kali ini, saya ingin mengajak anda melawat laman web chocolatwrapper.com di mana anda boleh menempah coklat mengikut citarasa anda. Klik disini untuk maklumat lanjut.
P.S : Saya juga telah menempah coklat untuk majlis saya kelak. Dan saya telah membeli sample sebanyak 50 keping (gambar di atas) dari chocolatewrapper.com

0 Response for the "Cenderahati Untuk Tetamu"
Post a Comment