Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Begitulah sedikit sebanyak maklumat tentang Hari Raya Korban atau Hari Raya AidiAdha yang disambut oleh seluruh umah Islam. Pada tahun ini (2010) sambutan Raya Korban sedikit berbeza. Mana taknya, sebelum ini saya sambut dalam 'status' bujang, tapi pada tahun ini, saya sambut dalam 'status' suami orang. Hehehe~
Disini saya selitkan gambar-gambar sambutan Hari Raya Aidil Adha di kampung isteri saya, Baling Kedah.
Masyarakat setempat bergabung tenaga dalam menjayakan ibadah korban
Anak-anak kecil, dapat mempelajari erti Raya Korban
Lembu yang memberikan 'kerjasama' dalam proses pengorbanan. Macam faham-faham jer dia nak dijadikan korban :)
Daging korban yang telah dilapah
Semoga Hari Raya Korban kali ini, memberikan 1001 hikmah dan erti sebenar pengorbanan dalam kehidupan kita. Insya-Allah.
======================Rahsia Mencari Duit Perkahwinan!
+ IKLAN BERBAYAR +
======================
>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=budgetkahwin
Rahsia Mudah Akad Nikah!
>> http://www.nikahkahwin.com/index.php?ref=panduannikah
Rahsia Sebenar Untuk Berjaya!
>> http://www.kuasamindaberjaya.com/index.php?ref=motivasidiri
Ketahui Rahsia Memikat!
>> http://www.wangianpemikat.com/
======================
0 Response for the "Sambutan Hari Raya AidilAdha Tahun 2010"
Post a Comment