• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

Posted by amirazros On 7:27 AM 0 comments

HASIL NUKILAN DARIPADA FADHIL ZHAFRI

(Khas buat sahabatku, Muhamad Hafiz Mohd Seth, Amir Azros Abdul Aziz, Mohd Fikri Said, Sir Jihadi Md Ali dan Wan Hizam Wan Hassan)

Kala malam begini, biasanya aku akan terus tidur, berehat untuk menghadapi hari esok. Entah mengapa malam ini aku tidak dapat melelapkan mata. Mengapa tiba-tiba malam ini idea untuk aku terus menulis datang dengan tidak semena-mena. Ok lah, oleh kerana aku tidak boleh tidur, aku ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah rumah. Rumah itu di katakan berhantu kerana ia telah menghantui beberapa orang yang pernah tinggal di rumah tersebut. Masih aku ingat lagi rumah tersebut, rumah itu berhantu kerana sering di hantui oleh suara gelak tawa misteri yang tidak diketahui dari mana datangnya suara gelak tawa tersebut. Rumah berhantu itu terletak di Taman Ria Batas Liku, Arau, Perlis. Aku masih terbayang akan bentuk rumah tersebut, sangat cantik dan kecantikan rumah itu terserlah dengan suara gelak tawa misteri di rumah itu setiap hari. Mari aku teruskan dengan cerita rumah hantu tersebut.


Kala aku menukilkan ini, meremang bulu romaku sambil tersenyum haru mengingatkan rumah berhantu itu. Hampir setiap hari suara gelak tawa misteri itu memecahkan keheningan rumah itu tidak mengira waktu bahkan di waktu petang, suara itu terus menghantui segenap ruang rumah itu. Di fahamkan suara-suara misteri itu merupakan sekumpulan sahabat yang pernah menuntut di sebuah institusi pengajian terkemuka di bumi Perlis Indera Kayangan ini. Mereka bukan sahabat yang dikenali semenjak zaman kanak-kanak mahupun remaja tetapi mereka hanya mengenali antara satu sama lain ketika menuntut di institusi tersebut. Mereka berkenalan sewaktu Minggu Haluan Siswa kala mereka tidak disediakan kemudahan penginapan dalam institusi tersebut. Mengapa bulu roma ku terus meremang, adakah sesuatu yang aku rasakan? Mungkin perasaan ku barang kali tetapi sebenarnya, itu lah semangat yang dititipkan oleh sekumpulan sahabat yang pernah menghantui rumah tersebut.

Kala Allah SWT menduga bumi Perlis dengan banjir besar pada tahun 2005, 7 sahabat ini bertemu dalam sebuah bilik di asrama institusi pengajian tersebut dan bermula dari situ tertitipnya jalinan persahabatan yang utuh sehingga menghantui jiwa mereka setiap kali mengingati peristiwa tersebut. Masih teringat lagi akan istilah "Kisah bermula dari ladang tebu" di mana mereka mulai mengenali antara satu sama lain kala berkonvoi di atas motor menuju Padang Besar Perlis. Siapa sangka bahawa mereka akan terus menjadi sahabat sehingga kini. Dan jalinan tersebut di perkukuhkan lagi setiap kali dugaan datang menimpa mereka; ya dugaan dalam persahabatan, tersinggung bahu, terluka perasaan, Ya Allah, begitu hebat hantu-hantu ini menghadapi dugaan tersebut dengan hati yang terbuka dan redha. Memang bulu roma ku terus meremang bila teringat akan kisah ini. Rumah tersebut memang berhantu sehingga kini dengan suara gelak tawa tujuh sahabat tersebut. Bagi sesetengah orang pasti membayangkan suara-suara halus yang bukan-bukan tetapi kenyataannya kehadiran hantu-hantu tersebut benar-benar mewarnai keceriaan rumah tersebut. Isy....kenapa tiba-tiba air mata ku mengalir nie, apa la orang lelaki menangis, aku terharu dengan sikap setiakawan yang dititipkan oleh tujuh (7) sahabat ini sehingga meninggalkan kesan mendalam di rumah berhantu tersebut.
Namun begitu, x semua hantu itu jahat. Ada hantu yang baik dan mereka menghantui kehidupan orang lain dengan meninggalkan kenangan terindah terpalit dalam hidup mereka. Di sini lah mereka bertemu, di sinilah mereka merasa erti kehidupan yang mencabar ini, di sinilah mereka menangis dan ketawa bersama, di sini lah mereka bergaduh dan berdamai semula, di sinilah mereka menyakat antara satu sama lain, di sinilah mereka meninggalkan jejak mereka dan di sinilah lahirnya hantu-hantu yang akhirnya menjadi seseorang yang berjaya. Penghuni rumah hantu itu sehingga kini dihantui suara-suara gelak tawa hantu-hantu di rumah tersebut. Rumah itu akan terus berhantu bahkan akan terus dihantui oleh suara gelak tawa misteri itu sampai bila-bila. Rumah itu lah yang banyak berjasa pada hantu-hantu itu.

Semoga suara-suara misteri itu akan terus berkumandang di rumah berhantu tersebut dengan seribu satu kenangan abadi yang terindah di sanubari mereka. Ya, rumah itu berhantu dan akan terus di hantui suara gelak tawa misteri hantu-hantu yang pernah menghuni rumah tersebut....... Terima kasih rumah berhantu kerana membenarkan mereka meninggalkan jejak mereka di dalam rumah itu dengan seribu satu suara gelak tawa misteri.





P/S: Rumah berhantu itu merupakan rumah sewa yang aku sewa bersama-sama dengan enam (6) orang sahabatku yang kemudiannya menjadi lima (5) orang sahaja namun kami masih berhubungan sehingga kini dan rumah tersebut banyak meninggalkan kenangan terindah dalam hidup kami. Suara gelak tawa misteri itu merupakan suara kami yang kini menjadi kenangan yang paling manis dalam kehidupan kami. Wahai sahabatku, aku merindui kalian dengan suara gelak tawa kalian. Terima kasih kerana menyerikan hidupku sepanjang dua tahun menjadi rakan serumah korang. Semoga Allah meredhai persahabatan kita ini....Aminnn.....



"Tersenyum aku, sambil menitiskan air mata mengenangkan dikau, yang tinggal, hanya gambar juga tanda mata dan kenangan, tiada terduga yang ini harus akan terjadi di malam begini, mungkin kah kita akan bersua lagi?"

-Brain Connection, Aku & Kenangan (1976)-

Siapakah hantu-hantu tersebut yang menghantui rumah berhantu itu?


Dari kiri: Amir Azros Abdul Aziz, Wan Hizam Wan Hassan, Muhamad Hafiz Mohd Seth dan Ahmad Fadhil Zhafri Ahmad Fuad












Mohd Fikri Said




















Sir Jihadi Md Ali


















www.tips-fb.com

Categories:

0 Response for the " "

Post a Comment