• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

Kehebatan Al-Quran

Posted by amirazros On 5:25 PM 0 comments

Assalamua'laikum w.w dan Salam Sejahtera

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang kehebatan Al-Quran. Penurunan al-Quran atau masyhur disebut nuzul al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad s.a.w peristiwa yang sangat besar dan tidak dilupakan generasi umat Islam. Nuzul bererti penurunan atau perpindahan dari atas ke bawah (turun) manakala al-Quran bererti bacaan atau himpunan.

Al-Quran bukan hanya sebuah kitab, tetapi menjadi petunjuk (hidayah) kepada manusia, memberikan rahmat, syifa (penyembuh kepada penyakit), nur (cahaya yang menerangi), furqan (pembeza di antara hak dan batil), az-zikr (memberi peringatan) dan memberi penjelasan bagi manusia. Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai manual kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya. Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya.

Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi.


Saya juga ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang saya anggap sangat istimewa untuk diberikan kepada anda. Klik gambar dibawah untuk mendapatkan 'hadiah istimewa' ini :)














www.tips-fb.com

myMetro | United pasukan berharga

Posted by amirazros On 3:06 AM 0 comments

Rahsia Kejayaan Perniagaan

Posted by amirazros On 5:03 PM 0 comments


Wahai kawan, sama2 kita renungi dan hayati bersama kisah2 berikut utk djadikan teladan dan panduan yg berguna utk kita semua. Semoga kita dan anak2 kita ddidik supaya menjadi anak2 yg soleh dan solehah.

Pernah ustaz bertanya kpd hadirin gmana kita nak kekalkan semangat bulan puasa utk bulan2 yg lain dari segi penghayatan ibadat tarawih,sedekah, tadarus al quran dsbgnya.
Katanya tak pun payah mana! Pagi sblm tunggu suboh masuk kita bangun awal sikit sembahyanglah thajud, sunat taubat atau hajat (samalah l/kurang macam terawih), baca yasin,surah sejadah atau muluk sblm atau selepas solat fardu sedekahkan pada ayah dan ibu tentu kita pun dapat pahala sedekah macam kita berikan juadah berbuka pada jiran kita.
Selagi kita boleh melakukan solat duha selain solat sunat qabliatan dan ba'diatan .

Firman Allah dlm Hadis Qudsi" Wahai anak Adam,jgn sekali2 engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang (solat duha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya (Riwayat Al Hakim dan Thabrani). Solat duha minimum 2 rakaat waktunya antara pkl 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari. Klu kita hanya lakukan semasa kita cuti kat rumah, cuba biasa2kan kita lakukan hari2 tak kira d mana.

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.... Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari


Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

  1. Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa ( baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )
  2. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa( walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah )
  3. Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  4. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita( berdoa perlu benar2 bersungguh2 )
  5. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya, rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah ( e.g. makan, kesihatan, ilmu dsb nya... )




















www.tips-fb.com

Rahsia Keluarga Bahagia

Posted by amirazros On 6:01 AM 0 comments



Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti "anggota","kelompok kerabat".

Setiap manusia yang dikurniakan keluarga seharusnya bersyukur kerana bukan semua orang bernasib baik, ada juga yang dilahirkan sebagai yatim piatu. Oleh itu kita seharusnya bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Tuhan. Kasih sayang keluarga adalah harta yang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit
.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips yang agak menarik untuk dikongsikan bersama iaitu '8P: Rahsia Keluarga Bahagia'. Harap ianya dapat dijadikan maklumat berguna kepada kita :)


  1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
  2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
  3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
  4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
  5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
  6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
  8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.









www.tips-fb.com