• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

Gurindam Kalau Guru

Posted by amirazros On 7:04 PM 0 comments

Tolonglah Baca Kisah Guru,
Cerita Yang Baik Bolehlah Tiru.

Kalau Guru Datang Lambat,
Masuk Ke Kelas Terhambat-hambat.

Kalau Guru Selalu Sakit,
Ilmu Murid Tentu Sedikit.

Kalau Guru Tak Buat Persiapan,
Di Dalam Kelas Terpaksa Meraban.

Kalau Guru Tak Ambil Kisah,
Murid Terbiar Tak Tentu Arah.

Kalau Guru Lambat Ke Kelas,
Murid Berpeluang Bertindak Ganas.

Kalau Guru Mengajar Duduk,
Banyak Murid Akan Mengantuk.

Kalau Guru Banyak Berceloteh,
Murid Mendengar Menjadi Letih.

Kalau Guru Banyak Masalah,
Ramai Di Sekolah Mendapat Susah.

Kalau Guru Terlampau Garang,
Murid Takut Bukan Kepalang.

Kalau Guru Suka Bersembang,
Murid Pula Pandai Temberang.

Kalau Guru Pandai Berjenaka,
Tentu Ramai Murid Yang Suka.

Kalau Guru Mengajar Beralat,
Murid Belajar Penuh Minat.

Kalau Guru Guna ICT,
Tentu Murid Bermotivasi.

Kalau Guru Suka Menasihat,
Murid Juga Dapat Manfaat.

Kalau Guru Berbudi Bahasa,
Dikenang Murid Sepanjang Masa.

Kalau Guru Suka Berdamping,
Ramai Murid Dapat Dibimbing.

Kalau Guru Banyak Kaedah,
Murid Dapat Banyak Faedah.

Sekian Dulu Gurindam Saya,
Kalau Terkena Jangan Terasa.

Yang Baik Jadikan Teladan,
Yang Buruk Buatlah Sempadan.







www.tips-fb.com

Categories:

0 Response for the "Gurindam Kalau Guru"

Post a Comment